Friday, 17 November 2017

PESTA MAKANAN THAI

Hajat harini nak pergi tesco untuk beli barangan dapur, tapi dalam perjalanan tu terjumpa khemah-khemah orang meniaga. Suami bagitau pesta makanan Thai.

Jadi saya berhenti kat situ jelah dan niat dihati nak ke tesco terbatal. Orang pon agak ramai mungkin sebab baru balik dari kerja dan singgah terus kat situ untuk beli makanan.

Ni pertama kali saya jejak ke pesta makanan Thai. Sebelum ni hanya dengar kawan-kawan bercerita jer. Pesta makanan Thai ni dekat je dengan rumah saya, cuma saya je yang tak tahu dan tak pernah nak ambil tahu tentang aktiviti-aktiviti berhapiran dengan kawasan rumah saya.

Makanan-makanan yang dijual nampak agak menyelerakan. Saya tak ambil banyak gambar sebab malu dan memang jarang pon ambil gambar kat kawasan orang ramai. Ada 2 3 keping je saya ambil tu pon sorok-sorok. Jadi gambar tidak begitu cantik.

Ok first review saya,bagi saya makanan nampak agak menyelerakan cuma klu kata sedap tu rate 1 hingga 5, saya boleh bagi 3 sahaja. Sedang- sedang.

Makanan jugak agak mahal. Kebanyakkan makanan kat sini harga lebih kurang jer. Majoriti harga RM8.00++. Tadi saya hanya order tomyam, kerabu meggi,kebab, hotdog ( anak yang nak ),aiskrim goyang ,air mangga, air milo.

Total keseluruhan
Tomyam (ada udang seekor) = RM8.00
Kerabu meggi (ada udang seekor) = RM8.00
Kebab = (RM5 X 1) RM5.00
Aiskrim goyang = (RM2X4) RM8
Air mangga = (RM4X1) RM4
Air milo = (RM2X1) RM2

TOTAL RM35.00

Kalau diberi pilihan, saya rasa pergi makan di kedai thai lagi berbaloi kot berbanding ke pesta makanan Thai. Rasanya lagi sedap kut. Tp tak tau kut pesta makanan Thai kat area rumah saya je rasa makanan yang suam- suam jer. Tapi saya tak makan kesemua makanan cuma apa yang saya beli sahaja la. Ni lah 2 3 keping gambar yang saya ambil



Monday, 13 November 2017

IKAN SINGGAN TONGKOL

Pagi ni masak awal. Jam 8.00 pagi dah masuk dapur. Hajatnya nak buat bihun goreng, tapi terlupa pulak bawang merah dah habis. Bihun dah direndam dari malam tadi

Disebabkan anak dah nak pergi sekolah dan suami nak pergi kerja terpaksalah beli roti canai dan nasi lemak. Makan itu jelah

Maka emakknya ke dapur lah masak terus untuk tengahari sementara anak kecil saya masih tidur. Masak simple jer iaitu singgan ikan aye (tongkol)

Resepinya mudah jer just campak-campak jer. Let tengok resepi

BAHAN-BAHAN
● seekor ikan tongkol (saya guna 1/2 sahaja)
● secawan air
● seinci lengkuas
● seinci kunyit
● 4 ulas bawang putih (ketuk)
● asam gelugur
● garam
● ajinomoto

CARA-CARA
● masukkan air dan ikan ke dalam periuk panaskan
● masukkan lengkuas dan kunyit
● masukkan garam, ajinomoto dan asam gelugur
●masukkan bawang putih dan lada
●masak hingga gelegak dan akhirnya sedia untuk dihidangkan

■ saya lebih suka memilih kepala ikan untuk disinggan



IKAN SUNGAI SALAI

Assalamualaikum

Disebabkan sekarang dah menghampiri musim tengkujuh, jadi penduduk area kampung saya masing-masing sibuk mencari ikan sungai. 

Biasanya kalau musim banjir,bekalan makanan akan terputus,jadi ikan sungai sahaja yang menjadi makanan. 

Kebiasaan mak saya akan simpan stok makanan seperti sardin, tempoyak, budu, petai jeruk, dan makanan kering lain untuk bekalan musim banjir. Ikan laut biasanya mengambil masa juga untuk masuk dalam kampung disebabkan terputus hubungan

Mak saya juga turut menyimpan ikan salai sungai. Disebabkan ikan salai boleh tahan hingga sebulan. Ikan salai ni dikeringkan dengan menggunakan asap sahaja. Biasa mengambil masa 2 atau 3 hari untuk betul-betul ikan menjadi kering.

Ayah saya turut menyediakan tempat khas untuk menyalai ikan. Lebih kurang tempat memasak orang dulu-dulu dan diletakan kayu di atas tempat memasak. Insyaallah bila balik kampung, saya akan snap tempat menyalai.

Sebelum salai, ikan mesti diperap dengan garam dan perut ikan diletakkan asam gelugur. Nanti bila goreng rasa masin dan masam dan dimakan dengan nasi panas-panas.



Ni hasil ikan salai yang digoreng. Ranggup.


AKU PENDOSA



AKU TAKUT MATI
TAPI MASIH LALAI DALAM SOLAT

AKU TAKUT MATI
JARANG-JARANG AKU MENGAJI

AKU TAKUT MATI
TAPI MASIH LALAI DALAM TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB PADA SUAMI
TANGGUNGJAWAB PADA MAK AYAH
TANGGUNGJAWAB PADA ANAK

AKU TAKUT MATI
TAPI MASIH LAGI MENGUMPAT

AKU TAKUT MATI
AKU TAKUT SANGAT MATI
HARI-HARI FIKIR MATI
TAPI AKU MASIH LAGI BEGINI.

AKU PENDOSA


SAMBAL IKAN BILIS DAN PETAI

Sambungan resepi masak petang tadi. Sekarang saya nak berkongsi sambal petai dan bilis. Petai tu diberi oleh emak saya yang dibawa oleh adik udin dari kampung.

Alhamdullilah tahun ni, pokok petai menjadi buahnya. Tapi kalau kat kampung saya, orang yang naik pokok petai untuk ambik petai dan tuan empunya petai akan dibahagi sama rata. Upahnya petai bukan duit.

Ok jom tengok resepi sambal petai saya.








RESEPI

bahan-bahan
●secawan bilis
●2 papan petai (dihiris nipis)
●5 biji bawang merah ☆
●2 ulas bawang putih ☆
●1 biji bawang besar ☆
●Seinci belacan ☆
●4 tangkai lada (kalau nak pedas) ☆
●3 sudu besar cili boh
●gula melaka ( saya guna nissang pangilan orang terengganu )
●1/2 cawan air asam jawa
●garam
●serbuk perasa

☆BAHAN BERTANDA ☆ DIKISAR


CARA- CARA
●Panaskan minyak dan masukkan cili boh.
●selepas beberapa saat masukkan bahan dikisar tadi. Tumis sehingga naik bau
●masukkan gula melaka, garam, serbuk perasa dan air asam jawa
●masukkan bilis dan petai.
●Biarkan sehingga gelegak dan akhirnya sedia dihidangkan




MASAK LEMAK SAYUR CAMPUR

Assalamualaikum.

Sudah seminggu berkeadaan mendung dan hujan pada petang hari. Mungkin dah nk masuk musim tengkujuh. Pakaian pon tidak kering dan agak menyukarkan saya yang mempunyai anak kecil.

Tapi alhamdullilah, hari ni cuaca agak panas dan pakaian juga kering semuanya. Entah mengapa terdetik dalam hati untuk menulis blog pada petang ni.

Saya sebenarnya dah lama ingin menulis blog. Tetapi hasrat selalu je terbantut. Cabaran utama semestinya malas.
Insyaallah dalam blog saya ni , saya mahu berkongsi resepi masakan khas untuk panduan anak perempuan saya NUR AISYAH FARIHAH. 

Sekarang anak perempuan saya berusia 2 bulan dan harap resepi-resepi masakkan ini dapat menjadi panduannya kelak jika saya dijemput illahi terlebih dahulu dan tidak sempat mengajarnya secara berdepan. ( harap panjang umur )

Hari ini saya masak sayur lemak campur , ikan salai goreng, keropok goreng dan sambal bilis campur petai. Ikan salai tu diberi oleh emak saya , almaklumlah sekarang menghampiri musim tengkujuh, jadi banyak ikan-ikan sungai yang ayah saya dapat. Ok let tengok resepi walaupun saya tidaklah pandai sangat masak.


RESEPI SAYUR LEMAK CAMPUR

BAHAN-BAHAN
●Lobak 
●Kacang
●Kobis  
●Sawi
●Lada Besar ( potong kecil )
●Bawang merah = 5 biji (hiris)
●Bawang putih = 2 biji (hiris)
●bilis (yang warna hitam,kalau tak ada bilis hitam, gantikan dengan ikan panggang dan perisi ikan panggang)
●Garam
●Serbuk Perasa



CARA - CARA
●Masukkan lobak, kobis, bawang merah,bawang putih, bilis
●Masukkan santan
●kacau sentiasa supaya santan tidak jadi pecah-pecah.
●akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa, lada, sawi dan kacang. Sawi dan kacang mesti masuk paling akhir supaya tidak lembik.
●Kacau hingga masak









Tuesday, 30 August 2016

ALOEVERA GEL FOREVER

FOREVER ALOE VERA GEL

Khasiat:


Pilihan yang amat baik untuk mengekalkan kesihatan 
Membantu menguatkan sistem imun dan melancarkan sistem gastrousus.

Membantu meningkatkan keefisienan penyerapan nutrien oleh sel-sel. Ini bermakna tubuh anda akan menerima lebih banyak khasiat daripada makanan dan penokok diet yang anda ambil dan meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan anda.

Membantu menyahtoksik tubuh dan mengurangkan beban terhadap sistem pencernaan. Ia membersihkan usus kecil, melancarkan pembuangan najis dan mengurangkan mikroorganisma yang tidak baik seperti kulat. Kulit anda akan menjadi lebih baik dan berseri apabila proses penyahtoksikan berjalan dengan lancar.

Sistem pencernaan yang sihat mengurangkan beban hati dan dengan demikian membolehkannya memetabolismekan lemak dengan lebih efisien untuk membebaskan lebih banyak tenaga. Dengan itu, dapat mengurangkan simpanan lemak dan membantu mengawalkan berat badan.

Memberikan tindakan 2-dalam-1 iaitu menyahtoksik dan mencergaskan dengan serentak.

Membantu meningkatkan kebolehan penyembuhan sistematik badan dan dengan demikian mengurangkan penyakit yang terjadi akibat keupayaan penyahtoksikan dan penyerapan nutrien yang kurang baik.

Dapat mengekalkan kesihatan, membantu menguatkan sistem imunisasi dan melancarkan sistem gastrousus (sistem pencernaan makanan)

menbantu menyah toksin tubuh dengan mengurangkan beban terhadap sistem pencernaan

melancarkan pembuangan najis dan mengurangkan mikrooranisma yang tidak baik seperti kulat sekaligus meningkatkan bakteria baik dalam usus.

Meningkatkan efisyiensi penyerapan nutrien oleh sel-sel tubuh melalui makanan yang kita makan.  pabila usus dah bersih, penyerapan nutrien menjadi mudah

Sistem pencernaan yang sihat dapat membantu pengurangan beban hati.  Apabila sistem pencernaan bagus, metabolisme tubuh akan meningkat.  Sebab inilah lemak yang tersimpan itu akan mudah digunakan tubuh melalui proses pembakaran lemak.  Dan berat idaman boleh diraih.  Maka, sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan berlebihan, boleh cuba.

membantu proses penyembuhan luka.  Apabila tubuh dapat menyerap nutrien dan toksin dinyahkan, tubuh akan bertindak balas menjadi doktor kepada tubuh yang sakit atau bermasalah.

Pengambilan aloe ini membantu meningkatkan kesihatan tubuh secara semulajadi.  proses tubuh akan berfungsi secara berkesan untuk menjadikan tubuh sihat.

Cara Pengambilan:
Dos yang dicadangkan: 30 - 60ml setiap kali, 2 kali sehari

RM70.00
POS RM10 (SM) RM16(SS)

WASSAP 016-2899216
WASSAP 016-2899216



PESTA MAKANAN THAI

Hajat harini nak pergi tesco untuk beli barangan dapur, tapi dalam perjalanan tu terjumpa khemah-khemah orang meniaga. Suami bagitau pesta m...