Alhamdullilah tahun ni, pokok petai menjadi buahnya. Tapi kalau kat kampung saya, orang yang naik pokok petai untuk ambik petai dan tuan empunya petai akan dibahagi sama rata. Upahnya petai bukan duit.
Ok jom tengok resepi sambal petai saya.
RESEPI
bahan-bahan
●secawan bilis
●2 papan petai (dihiris nipis)
●5 biji bawang merah ☆
●2 ulas bawang putih ☆
●1 biji bawang besar ☆
●Seinci belacan ☆
●4 tangkai lada (kalau nak pedas) ☆
●3 sudu besar cili boh
●gula melaka ( saya guna nissang pangilan orang terengganu )
●1/2 cawan air asam jawa
●garam
●serbuk perasa
☆BAHAN BERTANDA ☆ DIKISAR
CARA- CARA
●Panaskan minyak dan masukkan cili boh.
●selepas beberapa saat masukkan bahan dikisar tadi. Tumis sehingga naik bau
●masukkan gula melaka, garam, serbuk perasa dan air asam jawa
●masukkan bilis dan petai.
●Biarkan sehingga gelegak dan akhirnya sedia dihidangkan



No comments:
Post a Comment