Assalamualaikum.
Sudah seminggu berkeadaan mendung dan hujan pada petang hari. Mungkin dah nk masuk musim tengkujuh. Pakaian pon tidak kering dan agak menyukarkan saya yang mempunyai anak kecil.
Tapi alhamdullilah, hari ni cuaca agak panas dan pakaian juga kering semuanya. Entah mengapa terdetik dalam hati untuk menulis blog pada petang ni.
Saya sebenarnya dah lama ingin menulis blog. Tetapi hasrat selalu je terbantut. Cabaran utama semestinya malas.
Insyaallah dalam blog saya ni , saya mahu berkongsi resepi masakan khas untuk panduan anak perempuan saya NUR AISYAH FARIHAH.
Sekarang anak perempuan saya berusia 2 bulan dan harap resepi-resepi masakkan ini dapat menjadi panduannya kelak jika saya dijemput illahi terlebih dahulu dan tidak sempat mengajarnya secara berdepan. ( harap panjang umur )
Hari ini saya masak sayur lemak campur , ikan salai goreng, keropok goreng dan sambal bilis campur petai. Ikan salai tu diberi oleh emak saya , almaklumlah sekarang menghampiri musim tengkujuh, jadi banyak ikan-ikan sungai yang ayah saya dapat. Ok let tengok resepi walaupun saya tidaklah pandai sangat masak.
RESEPI SAYUR LEMAK CAMPUR
BAHAN-BAHAN
●Lobak
●Kacang
●Kobis
●Sawi
●Lada Besar ( potong kecil )
●Bawang merah = 5 biji (hiris)
●Bawang putih = 2 biji (hiris)
●bilis (yang warna hitam,kalau tak ada bilis hitam, gantikan dengan ikan panggang dan perisi ikan panggang)
●Garam
●Serbuk Perasa
CARA - CARA
●Masukkan lobak, kobis, bawang merah,bawang putih, bilis
●Masukkan santan
●kacau sentiasa supaya santan tidak jadi pecah-pecah.
●akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa, lada, sawi dan kacang. Sawi dan kacang mesti masuk paling akhir supaya tidak lembik.
●Kacau hingga masak

No comments:
Post a Comment