Disebabkan sekarang dah menghampiri musim tengkujuh, jadi penduduk area kampung saya masing-masing sibuk mencari ikan sungai.
Biasanya kalau musim banjir,bekalan makanan akan terputus,jadi ikan sungai sahaja yang menjadi makanan.
Kebiasaan mak saya akan simpan stok makanan seperti sardin, tempoyak, budu, petai jeruk, dan makanan kering lain untuk bekalan musim banjir. Ikan laut biasanya mengambil masa juga untuk masuk dalam kampung disebabkan terputus hubungan
Mak saya juga turut menyimpan ikan salai sungai. Disebabkan ikan salai boleh tahan hingga sebulan. Ikan salai ni dikeringkan dengan menggunakan asap sahaja. Biasa mengambil masa 2 atau 3 hari untuk betul-betul ikan menjadi kering.
Ayah saya turut menyediakan tempat khas untuk menyalai ikan. Lebih kurang tempat memasak orang dulu-dulu dan diletakan kayu di atas tempat memasak. Insyaallah bila balik kampung, saya akan snap tempat menyalai.
Sebelum salai, ikan mesti diperap dengan garam dan perut ikan diletakkan asam gelugur. Nanti bila goreng rasa masin dan masam dan dimakan dengan nasi panas-panas.
Ni hasil ikan salai yang digoreng. Ranggup.



No comments:
Post a Comment