Monday, 13 November 2017

IKAN SINGGAN TONGKOL

Pagi ni masak awal. Jam 8.00 pagi dah masuk dapur. Hajatnya nak buat bihun goreng, tapi terlupa pulak bawang merah dah habis. Bihun dah direndam dari malam tadi

Disebabkan anak dah nak pergi sekolah dan suami nak pergi kerja terpaksalah beli roti canai dan nasi lemak. Makan itu jelah

Maka emakknya ke dapur lah masak terus untuk tengahari sementara anak kecil saya masih tidur. Masak simple jer iaitu singgan ikan aye (tongkol)

Resepinya mudah jer just campak-campak jer. Let tengok resepi

BAHAN-BAHAN
● seekor ikan tongkol (saya guna 1/2 sahaja)
● secawan air
● seinci lengkuas
● seinci kunyit
● 4 ulas bawang putih (ketuk)
● asam gelugur
● garam
● ajinomoto

CARA-CARA
● masukkan air dan ikan ke dalam periuk panaskan
● masukkan lengkuas dan kunyit
● masukkan garam, ajinomoto dan asam gelugur
●masukkan bawang putih dan lada
●masak hingga gelegak dan akhirnya sedia untuk dihidangkan

■ saya lebih suka memilih kepala ikan untuk disinggan



No comments:

Post a Comment

PESTA MAKANAN THAI

Hajat harini nak pergi tesco untuk beli barangan dapur, tapi dalam perjalanan tu terjumpa khemah-khemah orang meniaga. Suami bagitau pesta m...