Jadi saya berhenti kat situ jelah dan niat dihati nak ke tesco terbatal. Orang pon agak ramai mungkin sebab baru balik dari kerja dan singgah terus kat situ untuk beli makanan.
Ni pertama kali saya jejak ke pesta makanan Thai. Sebelum ni hanya dengar kawan-kawan bercerita jer. Pesta makanan Thai ni dekat je dengan rumah saya, cuma saya je yang tak tahu dan tak pernah nak ambil tahu tentang aktiviti-aktiviti berhapiran dengan kawasan rumah saya.
Makanan-makanan yang dijual nampak agak menyelerakan. Saya tak ambil banyak gambar sebab malu dan memang jarang pon ambil gambar kat kawasan orang ramai. Ada 2 3 keping je saya ambil tu pon sorok-sorok. Jadi gambar tidak begitu cantik.
Ok first review saya,bagi saya makanan nampak agak menyelerakan cuma klu kata sedap tu rate 1 hingga 5, saya boleh bagi 3 sahaja. Sedang- sedang.
Makanan jugak agak mahal. Kebanyakkan makanan kat sini harga lebih kurang jer. Majoriti harga RM8.00++. Tadi saya hanya order tomyam, kerabu meggi,kebab, hotdog ( anak yang nak ),aiskrim goyang ,air mangga, air milo.
Total keseluruhan
Tomyam (ada udang seekor) = RM8.00
Kerabu meggi (ada udang seekor) = RM8.00
Kebab = (RM5 X 1) RM5.00
Aiskrim goyang = (RM2X4) RM8
Air mangga = (RM4X1) RM4
Air milo = (RM2X1) RM2
TOTAL RM35.00
Kalau diberi pilihan, saya rasa pergi makan di kedai thai lagi berbaloi kot berbanding ke pesta makanan Thai. Rasanya lagi sedap kut. Tp tak tau kut pesta makanan Thai kat area rumah saya je rasa makanan yang suam- suam jer. Tapi saya tak makan kesemua makanan cuma apa yang saya beli sahaja la. Ni lah 2 3 keping gambar yang saya ambil



No comments:
Post a Comment