salam perkenalan buat viewer blog ini. blog ini hasil gabungan saya dan isteri. tujuan blog ini di wujudkan untuk menceritakan rutin harian kami dan anak-anak yang mungkin akan di baca oleh anak-anak kami bila besar nanti. insyaallah
blog ini juga akan saya gunakan untuk mempromosi produk kesihatan yang saya jual. Alang-alang menulis sambil mencari pendapatan sampingan. al maklum lah keadaan sekarang yang memerlukan lebih dari satu kerja untuk menampung kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi yang menetap di kuala Lumpur seperti kami.
ok, nama saya fajar dan merupakan ayah kepada 2 orang anak. Insyaallah akan ada tambahan anak lagi pada masa akan datang. Insyaallah. Kerja saya mekanik kapal terbang di syarikat penerbangan tempatan dan isteri saya merupakan suri rumah sepenuh masa. Kami suami isteri berasal dari Terengganu.
Cukuplah ringkasan pengenalan dari saya. insyaallah saya akan menulis lebih panjang lagi pada masa akan datang pasal kami sekeluarga. Dan sekarang saya ingin meneruskan penulisan saya tentang produk saya jual pada post yang seterusnya.
SALAM PERKENALAN
FAJAR DAN FAMILY

No comments:
Post a Comment